KUALA LUMPUR, 10 NOV: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.
SHAH ALAM, 11 OKT: Polis menahan seorang wanita warga asing yang disyaki bertindak menghalang lalu lintas dan berkelakuan tidak senonoh di Setia Alam dekat sini dua hari lepas.
SONGKHLA, 19 SEPT: Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand hari ini mengingatkan pengembara Malaysia untuk sentiasa peka terhadap kemungkinan kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu di negara ini.
SONGKHLA, 16 SEPT: Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion Baht (100 Baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
ALOR SETAR, 16 SEPT: Pelancong Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand terkandas di pintu sempadan disebabkan masalah pasport rosak, tunggakan cukai pendapatan, cukai kastam serta kes jenayah lama yang belum diselesaikan.
NARATHIWAT (Thailand), 13 JUN: Rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa telah mengetatkan langkah keselamatan berikutan beberapa insiden letupan bom.
SHAH ALAM, 6 MEI: Selangor berjaya menarik kunjungan 6.54 juta pelancong tempatan dan antarabangsa pada 2023, meningkat 46.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Hubungan antara rakyat Malaysia dan China akan terus berkembang dengan lebih banyak pertukaran dan pergerakan rakyat di semua peringkat seiring dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun ini, kata Yang Wanming Presiden Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC).
SHAH ALAM, 2 APRIL: Selangor meningkatkan misi jualan di China bagi mempromosi tarikan pelancongan negeri dan meneroka potensi pasaran untuk mencapai sasaran tujuh juta pengunjung menjelang 2025.
SEPANG, 11 FEB: Tourism Malaysia yakin sasaran ketibaan 27.3 juta pelancong asing bagi tahun ini dapat dicapai disokong oleh faktor-faktor seperti pemberian Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa - Sewa Khas kepada syarikat penerbangan, Pelan Liberalisasi Visa dan promosi pelancongan yang diperhebat di luar negara.
SEPANG, 11 FEB: Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
IPOH, 30 JAN: Tiga anggota polis trafik direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesaikan saman trafik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, baru-baru ini.
SABAK BERNAM, 12 JAN: Langkah mempromosi Selangor menerusi pelbagai program termasuk lawatan ejen pelancongan dari luar negara mampu menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.
KUALA LUMPUR, 19 DIS: Animonsta Studios (MONSTA) bekerjasama dengan syarikat pengendali kereta kabel SkyCab, Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) membawakan BoBoiBoy untuk menghibur pelancong semasa musim percutian sekolah ini di Langkawi.
KUALA LUMPUR, 7 DIS: Seorang pemilik kedai gunting rambut yang tular di media sosial kerana mengenakan caj gunting rambut RM120 kepada pelancong asing, hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah gagal memaparkan senarai caj perkhidmatan dandanan rambut.
KUALA LUMPUR, 3 DIS: Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Januari hingga 15 November, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
SINGAPURA, 7 OKT: Malaysia menyasarkan kemasukan 7.8 juta pelancong Singapura tahun ini, menurut Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (Motac).
IPOH, 1 OKT: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
BALIK PULAU, 24 SEPT: Seorang wanita warga Singapura maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden van pelancong terbabas sebelum terjatuh ke cerun berkedalaman lebih enam meter di Bukit Genting di sini malam ini.
BALIK PULAU, 24 SEPT: Sebuah van yang membawa sembilan pelancong dari Singapura terbabas sebelum terjatuh ke cerun bukit berkedalaman lebih enam meter di sini malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.